Wanita disamun selepas cium bau ubat - Utusan Malaysia

Wanita disamun selepas cium bau ubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA 14 Mac – Rakyat Malaysia yang akan melancong ke Hatyai, Songkhla dinasihatkan lebih berwaspada khususnya ketika menaiki teksi atau ‘tuk-tuk’ bersama orang yang tidak dikenali agar tidak menjadi mangsa kes samun.

Terbaru seorang wanita tempatan kehilangan barangan kemas bernilai 50,000 baht (RM6,500) ketika menaiki ‘tuk-tuk’ bersama seorang wanita yang tidak dikenali di Hatyai.

Anisah Lateh, 31, dari wilayah Pattani yang dalam perjalanan ke Padang Besar, Malaysia berkata, beliau bertemu dengan dengan suspek wanita yang berusia 30-an itu ketika menaiki van ke Hatyai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, wanita itu telah mengajaknya menaiki tuk-tuk ke stesen teksi untuk meneruskan perjalanan ke Padang Besar.

“Ketika berada dalam tuk-tuk, saya tercium bau ubat. Selepas itu, saya tidak sedar diri. Apabila saya sedar, saya sudah ditinggalkan di satu tempat dan barangan kemas saya sudah dilarikan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, jurucakap polis Hatyai memberitahu, beberapa kes dengan modus operandi yang sama telah dilaporkan baru-baru ini.

Sebelum ini beliau berkata, seorang wanita kehilangan barangan kemas bernilai 12,000 baht.

“Saya berharap orang ramai termasuk pelancong agar lebih berhati-hati menaiki kenderaan dengan orang yang tidak dikenali selain jangan terlalu menunjuk-nunjuk barangan kemas ,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini