KUALA LUMPUR 13 Mac- Sebuah kilang plastik musnah terbakar dalam kejadian di Seksyen BS3, Bukit Sentosa, Rawang dekat sini petang tadi. Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.53 petang dan empat jentera dikerahkan ke lokasi kejadian. “Sebanyak 31 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, BBP Batu Arang, BBP Rawang dan BBP Tanjung Malim tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian. “Api berjaya dikawal pada pukul 4.24 petang. Walau bagaimanapun, pihak bomba sedang cuba memadam kebakaran sepenuhnya kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya