PASIR GUDANG 7 Mac – Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih di sini gempar apabila 35 mangsa terhidu sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim berhampiran sekolah itu hari ini. Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, kesemua mereka yang terhidu bahan buangan berjadual dipercayai bahan kimia jenis metana termasuk pihak agensi kerajaan yang datang memberi bantuan, dikejarkan ke hospital…










