MARAN – Skuad Tok Gajah menewaskan Felda United 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam ini. Pelawat berpeluang menjaringkan gol awal pada minit ke-14 namun rembatan kencang Mohamad Safuwan Baharuddin dari luar kotak penalti sedikit melewati palang gol. Peluang kedua Tok Gajah hadir dua minit kemudian namun rembatan Muhammad Zuhair Aizat Mohd. Nazri sedikit tersasar ke sebelah kanan pintu gol lawan. Tuan rumah turut berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-22 namun penjaga gol pelawat, Mohd. Helmi Eliza Elias bertindak cemerlang menangkap kemas rembatan Jasazrin Jamaludin.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya