[VIDEO] Ahli DAP buat laporan SPRM salah laku polis - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ahli DAP buat laporan SPRM salah laku polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membuat satu laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan beberapa kes salah laku anggota dan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.

Video oleh AZRUL RADI

Menurut Lip Eng, siasatan melibatkan pegawai kanan itu termasuk yang berpangkat Deputi Komisioner, Senior Asisten Komisioner dan lain-lain pangkat anggota polis.

“Kes pertama melibatkan dakwaan berkaitan pemberian rasuah oleh pegawai polis untuk naik pangkat.

“Selain itu, kes yang diminta untuk disiasat juga melibatkan kejadian seorang wanita dirogol anggota polis di dalam tandas di sebuah balai polis di Sarikei, Sarawak pada 30 Oktober tahun lalu,” katanya ketika ditemui di hadapan pejabat SPRM, di sini hari ini.

Jelasnya, dia turut mengemukakan laporan seorang pelabur kehilangan wang tunai berjumlah RM7.9 juta di kondominiumnya selepas digeledah sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 8 September tahun lalu.

Ujarnya, sehingga kini, kes rogol dan kehilangan wang tunai itu masih tidak diambil sebarang tindakan di mahkamah sekaligus mewujudkan tanda tanya mengenai perkembangan kes tersebut.

“Kita menerima pelbagai aduan mengenai perkembangan kes daripada pelbagai pihak termasuk mangsa, orang awam dan pegawai serta anggota polis sendiri berhubung salah laku terbabit sejak beberapa tahun lalu,” jelasnya.

Tambahnya, laporan terhadap SPRM itu dibuat supaya siasatan terhadap kes tersebut dapat dijalankam untuk mengetahui perkembangan kes dan kebenaran dakwaan yang dibuat sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN