Vaksin: Penguatkuasaan undang-undang bukan penyelesaian terbaik - Utusan Malaysia

Vaksin: Penguatkuasaan undang-undang bukan penyelesaian terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Tindakan penguatkuasaan undang-undang bukan penyelesaian terbaik untuk memastikan semua ibu bapa melakukan suntikan vaksinasi imunisasi kepada kanak-kanak.

Pandangan itu disuarakan oleh Wakil Tabung Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Marianne Clark-Hattingh.

“Tumpuan utama adalah usaha kerajaan untuk melaksanakan pemberian suntikan ini kepada kanak-kanak dan bukan melalui penguatkuasaan undang-undang terhadap ibu bapa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengalaman Unicef ​​menunjukkan bahawa tidak banyak bukti penguatkuasaan undang-undang mampu meningkatkan liputan pemvaksinan,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik daripada laporan The Star Online hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan untuk menubuhkan pasukan mengkaji cadangan mewajibkan suntikan vaksinasi terhadap kanak-kanak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini