Utusan jual kilang RM13.5 juta - Utusan Malaysia

Utusan jual kilang RM13.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) menjual dua buah kilang di Taman Shamelin Perkasa dengan nilai RM13.5 juta.

UMMB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikat milik penuhnya, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian penjualan bangunan tersebut dengan Magna Mahsuri Sdn. Bhd.

Menurut syarikat itu, cadangan penjualan tersebut memberi peluang untuk membuka nilai segera hartanah berkenaan dan membolehkan kumpulan mengumpul dana bagi keperluan modal kerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil bersih cadangan penjualan ini akan digunakan sebahagiannya untuk keperluan dana modal kerja kumpulan bagi membiayai operasi harian termasuk pembayaran kepada pemiutang, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan operasi lain,” katanya di sini hari ini.

Cadangan penjualan itu dijangka selesai pada suku pertama 2020. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini