United janji bangkit - Utusan Malaysia

United janji bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Mac – Ole Gunnar Solskjaer berjanji kepada penyokong Manchester United pasukan itu akan kembali ke prestasi terbaik apabila liga bersambung selepas rehat perlawanan antarabangsa sejurus tersingkir daripada Piala FA, hari ini.

United mempamer aksi terburuk sejak diambil alih oleh Solskjaer, Disember lalu apabila tewas 1-2 kepada Wolverhampton dalam suku akhir.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut buat Red Devils selepas tumpas 0-2 kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris, minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

United akhirnya kembali ke realiti selepas dipuji melambung ketika mengalahkan Paris Saint-Germain (PSG) 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Kami akan lebih bersedia selepas pasukan kembali daripada rehat antarabangsa.

“Manchester United biasanya akan menemui rentak terbaik pada April dan Mei, jadi kami tidak sabar untuk menyahut cabaran.

“Kami kena mempersiapkan diri menghadapi perlawanan-perlawanan penting terutama menentang Barcelona,” katanya.

United diundi bertemu Barcelona dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

Goal  Raul Jimenez dan Diogo Jota dalam tempoh enam minit berselang pada babak kedua meletakkan Wolverhampton mendahului 2-0 manakala jaringan tunggal United disempurnakan Marcus Rashford pada waktu kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini