KUALA LUMPUR 1 Mac – Universiti Malaysia Sabah (UMS) perhebat hubungan dua hala antara Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bagi memperkasakan jalinan perhubungan awam antara kedua-dua insititut pengajian tinggi (IPT) itu.
Timbalan Pengarah (Korporat) Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) UMS, Dr. Jakaria Dasan berkata, pemerkasaan itu dilaksanakan selepas menerima kunjungan daripada Pejabat Canselori dan Hubungan Antarabangsa Unimas kepada PPSKK UMS hari ini.
Katanya, kunjungan itu juga sekali gus dilihat mampu memantapkan lagi pelaksanaan tugas setiap kakitangan di kedua-dua universiti, khususnya berkaitan dengan hal ehwal komunikasi korporat.
“Dalam pertemuan ini, kami saling berkongsi pengetahuan serta bercerita tentang pengalaman di institusi masing-masing dalam keadaan santai sambil berkenalan antara satu sama lain.
“Lawatan muhibah seumpama ini juga amat penting sebagai medan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim seterusnya menyemarakkan semangat kekitaan sebagai dua universiti yang berjiran di kepulauan Borneo,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, UMS menerima kunjungan sebanyak 30 kakitangan Unimas yang diketuai Pengarah
Lawatan itu menyaksikan seramai 30 orang kakitangan Pusat Canselori dan Hubungan Antarabangsa UNIMAS hadir berkunjung ke UMS dengan diketuai oleh Pengarahnya, Azlan Ramli. – UTUSAN ONLINE










