JAKARTA 2 Mac – Etnik Uighur yang ditempatkan di kem kemahiran vokasional mendakwa mereka dilarang bersembahyang sepanjang berada di premis itu, tindakan yang jelas melanggar hak asasi manusia. Republika.co.id melaporkan, pendedahan tersebut dibuat beberapa organisasi Islam yang bergabung di bawah Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang melawat kem di wilayah berkenaan, minggu lalu. Ketua Bidang Hubungan Luar Negeri MUI, Muhyiddin Junaidi berkata, seseorang penduduk boleh dianggap sebagai radikal jika mengamalkan ajaran…










