KUALA LUMPUR 30 Mac – Nampaknya usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) semakin berhasil apabila kini sudah boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG). Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tommy Thomas berkata, PSAG akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 bermula 1 Januari 2021. “Selepas mesyuarat pada 8 Mac lalu, kita…










