Tunda, denda pemilik kenderaan terbiar – PPj - Utusan Malaysia

Tunda, denda pemilik kenderaan terbiar – PPj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 11 Mac – Tunda dan denda. Itu peringatan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri kepada pemilik kenderaan tersadai di kawasan kuarters di sini.

Presiden PPj, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, usaha itu menerusi operasi secara kolaboratif dijalankan dua agensi itu susulan ope-rasi yang pernah diadakan sebelum ini bagi memberi peluang kepada penghuni lain menggunakan kemudahan pakir disediakan.

“Kenderaan tersadai itu turut mengakibatkan kekurangan tempat letak kereta di kawasan kuarters kerajaan selain membahayakan kanak-kanak serta menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap bulan PPj mengadakan perjumpaan de­ngan penduduk dan antara perkara yang sering dibangkitkan adalah masalah kenderaan tersadai yang memburukan pemandangan kediaman penduduk,” katanya ketika ditemui selepas Program Kick Off Penundaan Kenderaan Tersadai di Kuarters Kerajaan Presint 9 di sini hari ini.

Dalam masa sama, Ami­nuddin berkata, pemilik kenderaan tersadai itu telah diberikan notis sebanyak tiga kali melibatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis bagi mendapatkan maklumat pemilik.

Menurut beliau, pemilik diberikan masa selama enam bulan bagi menuntut semula kenderaan yang disita dengan mengemukan dokumen dan pengenalan diri, sekiranya tiada tuntutan PPj akan me­laksanakan proses melupus.

“Kita berharap penghuni lebih bertanggungjawab dan menghargai kemudahan yang disediakan serta tidak menyalahgunakan kemudahan itu untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.

Selain dikenakan upah alih RM100 pemilik turut dikenakan caj simpanan sebanyak RM80 sehari di depoh simpanan PPj di Presint 20.

Sebanyak 207 buah ken-deraan tersadai dikenal pasti dan sedia untuk dialihkan terdiri daripada 80 buah kereta dan 127 motosikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini