ALOR SETAR – Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah kedai menjual sarang burung dan mencuri sarang burung bernilai RM112,475 di Sungai Karangan, Kulim semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, pemilik kedai yang berusia 37 tahun hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi pekerjanya yang memaklumkan terdapat kesan umpilan di pintu kaca. “Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup…










