Terengganu bakal wujudkan jawatankuasa khas tingkat hab halal - Utusan Malaysia

Terengganu bakal wujudkan jawatankuasa khas tingkat hab halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGANU 28 Mac – Kerajaan negeri sedang menilai kemungkinan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan pelaksanaan hab halal membabitkan pengeluaran produk usahawan tempatan di negeri ini dapat ditingkatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, jawatankuasa khas yang

bakal disertai wakil-wakil agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan keusahawanan seperti persatuan dan dewan perniagaan itu penting bagi menggerak dan memacu pelaksanaan hab halal dengan lebih berkesan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya kita sudah lama melaksanakan hab halal, kita ada kawasan cuma ‘pemandu’ yang tiada untuk menggerakkannya lalu menyebabkan ia seperti tidak agresif.

“Sebab itulah, kita akan lihat semula perkara ini dan berharap wujudnya sebuah badan yang dapat menguruskannya bagi menilai dan

mengimbangi pelaksanaan hab halal tersebut,” katanya kepada pemberita

selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-7 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di sini hari ini.

Yang hadir sama pemangku Yang Dipertua DPPMT, Datuk Ahmad Che Abdullah; Naib Yang Dipertua 1, Ahmad Izani Ab. Ghani dan Naib Yang Dipertua II, Noryati Alias.

Menurut Mohd Nurkhuzaini, berbanding di Pantai Barat, jumlah usahawan di negeri ini yang memohon persijilan halal masih lagi ketinggalan berkemungkinan disebabkan mereka tidak terdesak kerana rata-rata pengguna tidak begitu sangsi terhadap produk keluaran tempatan.

Beliau berkata, hanya terdapat 20 peratus sahaja daripada kira-kira 500 usahawan yang berdaftar dengan YPU telah memohon sijil halal justeru, pihaknya telahmengadakan perbincangan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganyu(JHEAT) bagi melonggarkan beberapa syarat yang dikenakan sebelum ini.

Katanya, ia termasuk membenarkan usahawan yang melakukan aktiviti di kawasan rumah atau bahagian dapur untuk memohon dengan syarat mereka mesti mengasingkan antara tempat aktiviti itu dengan tempat tinggal mereka.

“Selepas ini kita mungkin akan membuat paksaan dengan mengenakan syarat tertentu kepada usahawan yang ingin memohon bantuan pinjaman dengan YPU.

“Kita akan lihat secara terperinci lagi perkara ini dan akan turut menilai masalah lama yang melibatkan perkara remeh seperti masalah longkang dan perparitan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Nurkhuzaini memberitahu, kira-kira 12 peratus usahawan di negeri ini yang gagal membuat bayaran balik pinjaman masing-masing dengan YPU dengan 90 peratus daripadany merupakan usahawan baharu.

“Walaupun kadar usahawan yang gagal berbuat demikian adalah kecil, namun kita akan cuba pastikan ia mencapai tahap 100 peratus dengan mempertingkatkan ilmu pengetahuan seperti memberi kursus kepada usahawan terlibat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini