KANGAR 1 Mac – Musyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin berkata beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis di sini hari ini untuk membantu siasatan berhubung dakwaan pemilikan kereta mewah Porsche Cayman. Hashim berkata beliau memberi kerjasama penuh kepada dua pegawai SPRM itu dengan menjawab semua soalan mereka. “Soalan yang ditanya hanya berkaitan kereta tersebut (Porsche Cayman). Tiada soalan lain,” katanya semasa dihubungi, hari ini. Hashim hadir di…










