SOP kendali golongan autisme - Utusan Malaysia

SOP kendali golongan autisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 5 Mac – Bunyi siren kereta polis dan gari merupakan antara perkara yang dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam standard operasi prosedur (SOP) bagi mengendalikan golongan autisme.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, SOP yang sedang dibincangkan pihak terlibat termasuk polis itu bagi memberi panduan bagaimana untuk mengendalikan golongan autisme.

Menurutnya, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ada kemukakan kerisauan tentang bagaimana golongan autisme perlu dikendalikan dengan berhati-hati sebab mereka sensitif selain memerlukan perhatian istimewa.

“Jabatan OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis telah duduk bersama-sama serta mengadakan bengkel membincangkan SOP pengendalian golongan autisme terutama untuk frontliners buat masa ini polis dulu.

“Antara isu yang dibincangkan adalah golongan autisme sensitif kepada muzik atau bunyi yang kuat dan kalau untuk polis mungkin isu siren kereta, sama ada kita akan gari atau tidak, ada juga antara mereka mempunyai special item yang perlu ada bagi mereka rasa selesa.

“Itu semua adalah SOP yang sedang dibincangkan dengan JKM, polis dan NGO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 peringkat negeri di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan Johor (Jasmine), Datin Nora Mohd. Som dan Pengerusi Jawatankuasa Pembanguna Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung.

Justeru, beliau berharap apabila SOP itu siap dan dilancarkan kelak akan diberikan kepada petugas barisan hadapan seperti polis supaya mereka tahu bagaimana untuk mengendalikan golongan autisme. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN