Solskjaer pengurus tetap United - Utusan Malaysia

Solskjaer pengurus tetap United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Mac – Manchester United hari ini melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap skuad Red Devils dengan kontrak selama tiga tahun, susulan kejayaannya mengendalikan pasukan tersebut.

Pengendali dari Norway itu menjadi sumber inspirasi sejak mengambil alih tugas Jose Mourinho, yang dipecat pada Disember lalu, dengan 14 kemenangan daripada 19 permainanan, selain membawa United mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Solskjaer, yang menjaringkan 126 gol dalam 366 penampilan untuk United, sudahpun dinobatkan sebagai wira oleh penyokong selepas menyumbat gol kemenangan di penghujung perlawanan final Liga Juara-Juara pada 1999, sekali gus melengkapkan gelaran secara treble.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak hari pertama saya tiba, saya rasa United seperti di rumah saya. Ia satu penghormatan untuk menjadi pemain United, kemudian memulakan kerjaya jurulatih saya di sini.

“Beberapa bulan terakhir lalu merupakan pengalaman mengagumkan dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan kejurulatihan, pemain dan kakitangan yang bertungkus lumus memastikan kita berada jauh di depan.

“Inilah tughas yang menjadi impian saya dan saya teruja dapat berpeluang mengendalikan United untuk tempoh masa lama. Saya harap dapat meneruskan rentak kejayaan bersama penyokong,” katanya dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi United.

Sementara itu, Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward berkata, pemilihannya bukan berdasarkan persembahan, pencapaian atau keputusan perlawanan Red Devils semata-mata, tetapi bijak membuka peluang kepada pemain muda.

“Ole membawa banyak pengalaman, baik sebagai pemain mahupun sebagai jurulatih, ditambah pula dengan keinginannya untuk membuka peluang kepada pemain muda dan pemahaman yang mendalam terhadap budaya daripada kelab itu,” ujar Woodward.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini