Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq selamat disemadi - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq selamat disemadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Allahyarham Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17, telah selamat dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurh selepas waktu Zuhur (waktu tempatan) hari ini.

Muhammad Haziq merupakan antara 50 mangsa yang terkorban selepas tragedi serangan oleh seorang lelaki yang berlaku di Masjid Al-Noor di Deans Ave pada Jumaat lepas.

Menurut laporan Astro Awani, bapa kepada arwah, Mohd Tarmizi mengiringi jenazah anak lelakinya, Haziq sewatu pengebumian yang turut disertai ratusan umat Islam dari Malaysia, Afghanistan dan Iran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz yang berhubung dengan rakyat Malaysia di sana berkata, jenazah selamat disemadikan kira-kira pukul 4 petang waktu New Zealand (11 pagi waktu Malaysia).

“Apa yang saya dimaklumkan, kira-kira 400 jemaah turut melakukan solat jenazah.

“Bapa arwah turut hadir dengan berkerusi roda ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Azrul Mahathir baru tiba dari Christchurch malam tadi bersama Pengerusi Jawatankusa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh selepas mengiringi ahli kelurga salah seorang mangsa yang cedera, Rahimi Ahmad,39, yang berasal dari Bayan Lepas di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini