KOTA BHARU 28 Mac – Kerajaan Pas Kelantan sudah menghantar senarai akhir pemohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu yang layak kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk tindakan lanjut. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pemilihan sudah selesai dilakukan dan senarai nama pemohon yang berjaya telah diserahkan kepada kementerian tiga bulan lalu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah permohonan yang sudah diluluskan tersebut.…










