SHAH ALAM 1 Mac- Biarpun tewas namun Selangor dilihat telah berjaya mempamerkan peningkatan rentak permainan mereka berbanding perlawanan sebelum ini, apabila memberi saingan hebat sebelum tewas 2-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT). Dalam aksi kelima Liga Super di Stadium Shah Alam itu sebentar tadi, kelibat pemain tengah Sandro da Silva nyata memberi impak awal apabila hampir meletakkan tuan rumah di depan seawal minit kelima namun tendangan bebas dari luar kotak…










