Sekolah disaran hentikan aktivti luar kelas - Utusan Malaysia

Sekolah disaran hentikan aktivti luar kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Mac – Kementerian Pendidikan menyarankan pihak sekolah agar menghentikan aktiviti luar kelas berikutan fenomena cuaca panas yang melanda ketika ini.

Maszlee Malik
Maszlee Malik 

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, surat peringatan sudah dikeluarkan kepada semua sekolah pada pertengahan bulan lalu.

Maszlee berkata, beliau diberitahu terdapat beberapa sekolah yang telah pun menangguhkan hari sukannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini amat penting, sekarang kita menghadapi dengan keadaan cuaca panas. Kita harapkan pihak sekolah tidak banyak menganjurkan program di luar dan di padang.

“Pihak sekolah perlu menggalakkan anak murid mereka minum air banyak. Dalam masa sama, kita harap ibu bapa juga dapat berpesan kepada anak-anak mereka supaya tidak terdedah kepada aktiviti luar, serta banyakkan minum air dan jaga kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s di Putrajaya, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini dilaporkan meramalkan fenomena

cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN