Walaupun bukan tergolong sebagai hidangan tradisi penduduk negeri Terengganu, namun sajian dikenali sebagai ‘nasi ganja’ di Mek Jang Cafe di Kuala Terengganu tetap laris setanding dengan menu ikan singgang mahupun nasi dagang. Lebih istimewa menu itu disajikan mengikut selera orang Terengganu. Hidangan nasi itu di Mek Jang Cafe bukan sahaja menambat hati pelanggan Melayu, malah memikat cita rasa masyarakat Cina di samping turut menarik kunjungan keluarga berbangsa India dari Pulau…










