Russel mahu gegar Bukit Jalil - Utusan Malaysia

Russel mahu gegar Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Seminggu selepas melakar kejayaan sensasi memecah rekod 200 meter kebangsaan, Russel Alexander Nasir Taib tidak sabar untuk beraksi di depan peminat olahraga tanah air apabila berentap dalam Grand Prix Terbuka Malaysia, hujung minggu ini.

Pelari yang memiliki darah kacukan Malaysia-Australia itu akan beraksi dalam acara 100 dan 200m, namun tumpuan peminat di Stadium Nasional, Bukit Jalil pasti terarah kepada perlumbaan 200m.

Pada 23 Mac lalu, Russel mencatat rekod kebangsaan 200m selepas melakukan catatan 20.77s ketika meraih pingat perak kejohanan Trek Klasik Queensland, Australia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Masa tersebut memadam rekod milik Khairul Hafiz Jantan, 20.90s yang dilakukan pada Terbuka Malaysia 2017.

Kata Russel, 21, dia tidak sabar untuk beraksi di depan penyokong Malaysia, terutama selepas bergelar atlet kebangsaan dan mahu melakukan yang terbaik 
buat seluruh rakyat 
di negara ini.

“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan itu dan hanya mahu fokus mempamerkan aksi terbaik.

“Ini juga adalah peluang terbaik saya untuk beraksi di depan penyokong tempatan dan tentunya saya akan memanfaatkannya,” katanya.

Kejohanan pada hujung minggu ini juga akan menjadi medan kelayakan buat atlet olahraga negara memburu slot ke Sukan SEA 2019 di Manila manakala bagi atlet luar, aksi di Bukit Jalil penting untuk mencari tiket ke Kejohanan Olahraga Asia di Doha, bulan depan.

Kehadiran Russel pastinya menjanjikan persaingan sengit dalam acara 100m kerana kejohanan itu juga akan menampilkan juara Sukan SEA, Khairul Hafiz serta juara remaja dunia, Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×