Rumah mampu milik harus bawah RM300,000 - Tun M - Utusan Malaysia

Rumah mampu milik harus bawah RM300,000 – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Harga rumah mampu milik di pasaran harus berada dalam lingkungan bawah RM300,000 seunit, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Memandangkan taraf ekonomi penduduk juga telah meningkat, maka secara dasarnya, harga
rumah mampu milik adalah di bawah RM300,000,” kata beliau semasa merasmikan Ekspo Kempen Pemilikan Rumah (HOC), di sini hari ini.  

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin yang hadir turut bersetuju penetapan harga tersebut bagi rumah kategori mampu milik di lokasi Lembah Klang tetapi harus lebih murah bagi projek di luar Kuala Lumpur.

“Garis panduan kita (KPKT), (harga) rumah mampu milik adalah di bawah RM300,000.

“Ia tidak dianggap mampu milik (sekiranya melebihi RM300,000 kerana harga melebihi paras itu sehingga RM500,000 adalah untuk (pembeli) kumpulan M40),” katanya kepada wartawan selepas majlis perasmian.

Beliau menjawab soalan sama ada harga rumah ditetapkan pemaju yang melebihi RM300,000 boleh di kategorikan sebagai rumah mampu milik. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN