Kawan saya menolak penggunaan vaksin. Ini kerana menurutnya, vaksin menyebabkan akidah sebagai seorang mukmin akan rosak disebabkan kita bergantung harap kepada vaksin, bukan Allah. Benarkah begitu? Jawapan: Pengambilan vaksin tidak bermaksud bahawa seseorang Muslim bergantung kepada vaksin dan tidak lagi bergantung kepada Allah. Pengambilan vaksin termasuk dalam aspek sebab dan usaha ikhtiar. Ketetapan penyakit dan kesembuhan adalah daripada Allah. Jika pengambilan vaksin menjejaskan akidah, maka makan dan minum juga akan…










