Ronaldo tambat hati semua orang di Juventus - Utusan Malaysia

Ronaldo tambat hati semua orang di Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 16 Mac – Douglas Costa mengakui dia meragui kemampuan Cristiano Ronaldo semasa mula menyertai Juventus tetapi bintang Portugal itu memerlukan masa yang singkat untuk memenangi hati semua orang.

Ronaldo berhijrah dari Real Madrid ke Juventus dengan nilai perpindahan 112 juta euro (RM519.92 juta) pada awal musim ini dengan juara lima kali Ballon d’Or itu membuktikan bahawa pembeliannya adalah berbaloi apabila berjaya membantu juara Serie A itu ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 34 tahun itu meledak hatrik kelapan dalam saingan Liga Juara-Juara ketika menyingkirkan Atletico Madrid di Turin dengan agregat 3-2.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ronaldo menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan musim ini dengan 19 daripadanya hadir daripada saingan Serie A dan Costa memuji bintang Portugal itu dengan aksi cemerlang pada musim pertamanya.

“Apabila dia tiba, saya terfikir bahawa pemain terbaik dunia sudah menyertai kami?

“Selepas itu banyak peningkatan ketara berlaku di dalam kelab ini dan sumbangannya jelas kelihatan.

“Dia menjaringkan gol setiap minggu, dia membawa lebih ramai penyokong ke stadium dan berharap untuk menang sesuatu bersamanya.

“Dia pemain yang hebat, bekerja keras setiap hari dan sentiasa bersama kami. Jika dia tidak bercakap dengan saya, dengan siapa dia ingin bercakap? Kami bercakap dalam bahasa Portugis.

“Dia adalah pemain yang sangat disenangi. Dia berjaya menambat hati semua orang di sini dan Juventus memerlukan pemain sepertinya kerana dia banyak membantu pasukan ini,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini