RON97 naik 8 sen, RON95 dan diesel kekal - Utusan Malaysia

RON97 naik 8 sen, RON95 dan diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Mac – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak lapan sen seliter iaitu daripada RM2.46 kepada RM2.54 seliter bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Jelasnya, harga runcit produk-produk petroleum berkenaan adalah bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 22 Mac.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM) harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 16 Mac sehingga 22 Mac ini sepatutnya masing-masing adalah RM2.24 dan RM2.37 seliter

“Namun harga runcit kedua-dua produk petroleum itu adalah dikekalkan berikutan keputusan kerajaan untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan beban kewangan rakyat,” jelasnya kenyataan itu di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini