PUTRAJAYA – Penantian selama tujuh tahun seorang pelajar cemerlang tanpa dokumen kelahiran dan pengenalan, Roisah Abdullah, 22, untuk mendapatkan status kewarganegaraan berakhir apabila kerajaan telah meluluskan permohonannya baru-baru ini. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang itu pernah membuat permohonan kewarganegaraan pada tahun 2013 namun tidak diluluskan sebelum dia dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Lawyers For Liberty untuk memohon sekali lagi pada tahun lalu. Jelasnya, dia amat…










