RM174,000 disalurkan kepada masjid, mangsa di Christchurch - Utusan Malaysia

RM174,000 disalurkan kepada masjid, mangsa di Christchurch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Sebanyak RM174,000 berjaya dikumpul untuk disalurkan kepada dua buah masjid dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, sumbangan berjaya dikumpul daripada pelbagai agensi di bawah jabatan berkenaan antaranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Yayasan Taqwa, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Jelas beliau yang dijangka berlepas ke New Zealand pada 3.30 petang ini, Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. (Karangkraf) turut membantu dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM90,000.

“Kita semua sedia maklum rakyat Malaysia prihatin dengan kejadian yang berlaku di sana, justeru beberapa agensi dan pihak telah mengumpul dana dalam masa singkat untuk disampaikan kepada mangsa dan masjid terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×