LIMBANG 1 Mac – Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan peruntukan RM1.25 juta bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di laluan jalan persekutuan di Limbang. Baru Bian Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata peruntukan itu akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikan pembetong yang dilaksanakan tahun ini bagi memastikan masalah itu tidak berlaku di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sering di landa banjir kilat. “Kementerian Kerja Raya telah mengenalpasti beberapa lokasi iaitu di antara bandar…










