Rhaasrikanesh, Winnie juara TSM 2019 - Utusan Malaysia

Rhaasrikanesh, Winnie juara TSM 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Pemain remaja negara K. Rhaasrikanesh dan Winnie Ng muncul juara edisi ke-11 Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin (TSM) 2019 di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara sini hari ini.

Kejuaraan lelaki terpaksa ditentukan melalui playoff selepas Rhaasrikanesh dan pendahulu semalaman, Muhammad Ikmal Basry terikat dengan 217 pukulan selepas selesai tiga pusingan.

Pada saingan penentuan lubang pertama di lubang ke-18, kedua-dua pemain melakukan pukulan par sebelum Rhaasrikanesh membenam birdie pada lubang berikutnya untuk merangkul kejuaraan manakala Muhammad Ikmal mengutip bogey.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, dalam kategori wanita, Winnie Ng yang mewakili Selangor memenangi saingan dengan kelebihan 12 pukulan apabila mencatat jumlah keseluruhan 206 pukulan berbanding pencabar terdekat dan juga sepasukan, Liyana Durisic.

Liyana mencatatkan 218 pukulan keseluruhan pada saingan tiga pusingan itu.

Juara lelaki membawa pulang hadiah biasiswa bernilai RM25,000: tempat kedua RM15,000 dan ketiga RM10,000 manakala juara wanita memperoleh hadiah biasiswa bernilai RM20,000, tempat kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000.

Hadiah disampaikan oleh pengasas kejohanan iaitu Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapan ringkasnya berkata, kejohanan amatur itu berjaya melahirkan ramai pemain handalan negara, antaranya, pemain nombor satu negara, Gavin Kyle Green, adiknya, Kendall Green serta Ainil Johani Abdu Bakar dan Kelly Tan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini