Berbaju putih polos dipadankan dengan denim biru, Raysha Rizrose, 22, sebenarnya cukup sederhana orangnya. Namun, lenggok tersendiri yang dimilikinya yang membezakan dirinya dengan dua orang kakaknya yang terlebih dahulu mencipta nama dalam industri hiburan tanah air, Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Biar berbeza rentak dan fasa karier lakonan dengan Uqasha dan Nelydia, putaran masa yang dilalui menemukan Raysha pada suatu titik pesona. Selepas kemenangannya dalam pertandingan Dewi Remaja edisi 2014/2015…










