Rampas telefon bimbit peminat, Conor McGregor ditahan polis - Utusan Malaysia

Rampas telefon bimbit peminat, Conor McGregor ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA 12 Mac – Bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor McGregor ditahan polis dekat kediamannya di Miami selepas bertindak merampas dan merosakkan telefon bimbit seorang individu yang cuba mengambil gambarnya.

Menurut polis pesisir pantai Miami, McGregor, 30, didakwa kerana mencuri dan melakukan jenayah kerosakan awam.

Beliau dilaporkan melakukan kekasaran terhadap lelaki berumur 22 tahun itu ketika meninggalkan sebuah hotel di sini sekitar pukul 5 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walau bagaimanapun, McGregor dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$12,500 (RM51,000).-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini