AP.Square, perkukuh potensi komersial Puncak Alam

AP.Square, perkukuh potensi komersial Puncak Alam

AP.Square terletak di atas tapak seluas 3.1 hektar menghadap Jalan Bukit Cerakah, Puncak Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan AP.Square, pembangunan komersial baharu di Bandar Puncak Alam yang disasarkan bagi memenuhi permintaan perniagaan dan komuniti setempat yang semakin berkembang.

Pembangunan berkenaan terletak di atas tapak seluas 3.1 hektar menghadap Jalan Bukit Cerakah, memberikan visibiliti yang baik kepada perniagaan.

AP.Square merangkumi 48 unit kedai pejabat dua tingkat dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM130.7 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Projek itu dilancarkan pada September 2026 dan sehingga bulan yang sama telah merekodkan kadar pengambilan sebanyak 68 peratus daripada unit bukan bumiputera.

“Kawasan berkenaan mempunyai tadahan penduduk yang kukuh, dengan populasi dijangka melebihi 25,000 orang dalam lingkungan 190.2 hektar di bawah pelan induk LBS Alam Perdana,” katanya kepada Utusan Malaysia.

“Projek ini juga mendapat manfaat daripada persekitaranyang telah terbentuk, disokong oleh kewujudan kawasan perumahan dan perindustrian di sekitarnya,” katanya Utusan Malaysia.

Dari segi reka bentuk, AP.Square menampilkan fasa eksklusif, susun atur ruang yang fleksibel dan reka bentuk siling tinggi di aras pertama bagi menyokong pelbagai jenis aktiviti perniagaan serta keperluan operasi yang berbeza.

Pembangunan itu turut dilengkapi kemudahan berorientasikan masa hadapan, termasuk ruang pengecasan kenderaan elektrik (EV), sistem penuaian air hujan, ruang parkir yang mencukupi serta ruang papan tanda khusus bagi setiap unit, bagi menyokong kelancaran operasi perniagaan.

Dari aspek jaringan pengangkutan, Puncak Alam mempunyai akses kepada beberapa laluan utama termasuk Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE) dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH).

AP.Square terletak kira-kira 10 kilometer dari stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Puncak Alam yang akan datang, 23 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta 37 km dari Port Klang.

Dengan lokasi strategik serta hubungan ke rangkaian jalan raya utama, AP.Square dijangka menjadi antara komponen komersial yang menyokong pertumbuhan aktiviti perniagaan dan ekonomi di Bandar Puncak Alam.

Lokasinya turut berhampiran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, memberikan potensi kepada AP.Square untuk memenuhi keperluan perniagaan dan perkhidmatan yang berkembang seiring pertambahan penduduk, pelajar serta aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini