BANGKOK 30 Mac – Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn menarik balik anugerah darjah diraja bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra hari ini. Gazet Diraja yang dikeluarkan hampir seminggu selepas pilihan raya pertama Thailand selepas rampasan kuasa tentera pada 2014. Menurut gazet tersebut, penarikan darjah tersebut berikutan Thaksin disabit kesalahan oleh Mahkamah Agung. “Malah, beliau telah melarikan diri ke lua negara yang sangat tidak patut dilakukan,” jelasnya. Thaksin ditarik bagi darjah diraja, Chula Chom Klao yang biasa dianugerahkan atas perkhidmatan kepada negara. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya