Raja Petra pembohong - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Raja Petra pembohong – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin sebagai seorang pembohong berhubung kebocoron kertas siasatan membabitkan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan DAP.

Tegasnya, Raja Petra yang juga pemilik potral Malaysia Today itu kerap berbohong dan masih ramai yang mempercayainya.

“Raja Petra Kamarudin seorang pembohong. Dia selalu berbohong dan kamu masih lagi mahu mempercayainya,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvenysen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri berucap dan merasmikan Majlis Kempen Pemilikan Rumah 2019 (HOC) anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Baru-baru ini, Raja Petra menerbitkan beberapa artikel yang memaparkan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas terowong dan projek jalan raya dengan anggaran RM6.3 bilion.

Berdasarkan artikel-artikel tersebut, beberapa exco Pulau Pinang dinamakan dalam dokumen tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN