Pusat operasi judi online baru buka dua hari diserbu - Utusan Malaysia

Pusat operasi judi online baru buka dua hari diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Pusat operasi (counting center) perjudian online yang baru dua hari beroperasi di Kondominium Sunway Nexis, Jalan PJU 5/1, Dataran Sunway Kota Damansara, di sini diserbu hari ini.

Dalam serbuan Op Dadu pada pukul 5 petang itu, dua lelaki warga tempatan berusia 22 dan 24 tahun yang bekerja di pusat operasi perjudian online tersebut turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, sepasukan polis dari Balai Polis Kota Damansara bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Petaling Jaya melakukan serbuan di unit kondominium tersebut berdasarkan maklumat awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita dapati dua suspek berkenaan baru dua hari bekerja di pusat operasi perjudian online yang beroperasi 24 jam ini. Dianggarkan sindiket ini mampu mengaut keuntungan sebanyak RM6,000 sehari.

“Selain tangkapan, kita turut merampas 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama, komputer (2), modem (2) dan wang tunai berjumlah RM3,000 dipercayai hasil keuntungan sindiket,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini