Motosikal lasak yang juga dikenali sebagai ‘motor terbang’ merupakan jentera yang sesuai untuk kegunaan aktiviti lasak terutama bagi individu yang gemar menunggang dalam hutan belantara. Menunggang motosikal yang mempunyai reka bentuk berbeza berbanding motosikal berkuasa tinggi lain memerlukan jiwa yang kental dan kemahiran yang tinggi memandangkan kesukaran untuk mengawalnya. Tidak dinafikan menunggang motosikal ini tanpa pengetahuan yang mencukupi sebenarnya agak berbahaya terutama ketika beraksi di laluan hutan yang mempunyai keadaan…