Program Bank Makanan Malaysia diperluas ke universiti awam - Utusan Malaysia

Program Bank Makanan Malaysia diperluas ke universiti awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meluaskan program Bank Makanan Malaysia ke kampus universiti awam sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan golongan mahasiswa mengikat perut.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, program tersebut akan diperluaskan ke kampus universiti dengan menyalurkan bantuan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan.

Jelasnya, program tersebut telah bermula di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 26 Februari dan Universiti Malaya (UM) pada 7 Mac lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu mahasiswa lapar ini secara peribadi amat dekat di hati saya dan akan berikan sepenuh masa untuk selesaikan isu kepayahan mahasiswa ini secepat mungkin.

“Isu ini telah mendapat perhatian Kabinet dan topik ini dibincangkan secara mendalam bersama Kabinet,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Akhbar tempatan semalam melaporkan, sebilangan pelajar di UM terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari selain kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan.

UM turut mengenal pasti kira-kira 1,000 mahasiswanya tergolong dalam kategori miskin tegar dinamakan BL40 yang ditakrif universiti itu, iaitu isi rumah berpendapatan RM1,000 ke bawah sebulan.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kementeriannya telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta kepada KPDNHEP bagi menyediakan 14 unit lori dilengkapi pendingin untuk kegunaan program tersebut.

Beliau berkata, menerusi Bank Makanan Malayaia, makanan percuma dapat diedarkan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) termasuk di 20 universiti awam.

“Ini adalah inisiatif awam dan swasta untuk memperluaskan capaian bank-bank makanan yang ditubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta.

“Ini bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada pihak yang memerlukan dengan sebaiknya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini