PRK Semenyih: SPR nasihat pengundi supaya keluar awal - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: SPR nasihat pengundi supaya keluar awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih supaya keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka esok.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, hal ini berikutan keadaan cuaca sejak beberapa hari ini yang sering hujan lebat pada sebelah petang.

“Kita (SPR) nasihatkan para pengundi supaya keluar lebih awal dan jangan tunggu sehingga petang kerana kemungkinan hujan. Itu akan menjejaskan keselesaan mereka untuk mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir bagi proses pengundian esok di Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih di sini hari ini.

Dalam pada itu Mohamed Elias turut menasihati pengundi supaya tidak lupa membawa Kad Pengundi dan kad pengenalan masing-masing untuk mengundi esok. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN