PETALING JAYA – Dua lelaki warga tempatan yang baru sahaja bekerja selama dua hari di sebuah premis perjudian atas talian diberkas menerusi Ops Dadu di Dataran Sunway, Kota Damansara di sini hari ini. Dalam serbuan pada pukul 5 petang itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Kota Damansara dengan kerjasama Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Petaling Jaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner…










