Premis buang bahan kimia di ladang kelapa sawit Bukit Mertajam sedang dikesan - Utusan Malaysia

Premis buang bahan kimia di ladang kelapa sawit Bukit Mertajam sedang dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 16 Mac – Premis-premis yang berpotensi menghasilkan bahan kimia yang dibuang di ladang kelapa sawit di Bukit Teh, Bukit Mertajam akan dapat dikesan selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mendapatkan keputusan ujian bahan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, pada masa ini JAS telah mengambil sampel bahan kimia itu dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti jenis buangan tersebut.

“Kerja-kerja mengorek dan membersihkan kawasan tersebut juga telah dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buangan bahan kimia itu dihantar ke premis yang dilesenkan untuk penstoran sementara sehingga siasatan kes berkenaan selesai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri mengesahkan terdapat pelbagai jenis bahan kimia telah dibuang di ladang kelapa sawit dipercayai sejak awal bulan ini.

Menurut Boon Poh, pemilik tanah berkenaan telah dikenal pasti dan JAS juga telah merakam keterangan pemilik tersebut.

“Pemeriksaan di sekitar lokasi bahan kimia ini dibuang mendapati tiada sungai yang terdekat dan kawasan berkenaan dikawal rapi

oleh JAS bagi mengelakkan diceroboh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini