GOMBAK – Seramai lapan penghuni Pusat Penempatan Asnaf Raudhah cedera dalam satu kejadian pokok tumbang yang menimpa pusat tersebut di Batu 11 di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, ribut dan hujan lebat telah mengakibatkan lapan pokok di sekitar kawasan tersebut telah tumbang dan menimpa pusat tersebut. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, seramai tiga orang dewasa dan lima kanak-kanak cedera akibat insiden…










