PM: Rumah mampu milik harus bawah RM300,000 - Utusan Malaysia

PM: Rumah mampu milik harus bawah RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mac – Secara dasarnya harga rumah mampu milik harus di bawah RM300,000, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, ia memandangkan taraf hidup penduduk hari ini telah meningkat.

“Memandangkan taraf ekonomi penduduk juga telah meningkat, maka secara dasarnya, harga rumah mampu milik adalah di bawah RM300,000,” katanya ketika berucap dalam Majlis Kempen Pemilikan Rumah 2019 (HOC) anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), di sini hari ini.

Jelas Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), cabaran utama kerajaan hari ini adalah menyediakan rumah mampu milik di kawasan bandar pada kuantiti yang sepatutnya.

“Inilah kedudukannya sekarang dan cabaran yang kerajaan hari ini hadapi ialah untuk menyediakan seberapa banyak rumah mampu milik bagi rakyat di bandar-bandar di sekitar negara kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN