Pertemuan Anifah-PM bincang MA63 - Utusan Malaysia

Pertemuan Anifah-PM bincang MA63

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi intipati utama perbincangan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pertemuan pada Jumaat lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Menteri Luar Negeri itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di kediamannya di The Mines di Seri Kembangan dekat sini.

Anifah dalam satu kenyataan hari ini berkata, perbincangan beliau dengan Perdana Menteri berkenaan MA63 termasuk persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah menurut MA63 yang menjadi asas penubuhan Malaysia.

“Secara konsisten saya menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan seharusnya melaksanakan apa yang telah dijanjikan termasuk mengembalikan hak-hak negeri Sabah antaranya pembayaran royalti petroleum.

“Saya akan tetap menyokong Perdana Menteri (Mahathir) dan kerajaan selama mana matlamat pelaksanaan MA63 ditunaikan,” katanya.

Pada pertemuan itu, Anifah turut memaklumkan kepada Mahathir bahawa beliau tiada halangan sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ingin melebarkan sayapnya ke Sabah kerana ia selari dengan norma demokrasi.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah menerima baik segala usul yang saya utarakan kepada beliau,” kata Anifah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini