Permohonan geran MPKK disegera elak lewat laksana program - Utusan Malaysia

Permohonan geran MPKK disegera elak lewat laksana program

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Mac – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memastikan setiap permohonan geran Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) disegerakan bagi mengelak kelewatan pelaksanaan prgram yang dirancang.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun turut memberi jaminan setiap permohonan geran berkenaan telus tanpa melibatkan fahaman politik.

“Apabila permohonan dibuat oleh MPKK, kita ada ahli panel yang menilai untuk kelulusan geran-geran ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini yang saya kata jangan ada salah faham, ia dibuat dengan telus, permohonan itu ada jawatankuasa yang akan menilai dan sudah pasti apa sahaja perancangan atau program dirancang, matlamat utamanya adalah memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Senyum, Sapa, Salam (3S), di sini hari ini.

Mengulas lanjut Rina berkata, setakat ini pihaknya telah menjalankan kursus induksi untuk anggota MPKK di lima buah negeri bagi membantu meningkatkan kecekapan dan kemahiran dari segi pengurusan serta pentadbiran termasuk kemahiran penyediaan permohonan geran.

Terdahulu ketika berucap Rina memberitahu, KPLB telah menghantar seramai 137 orang pelajar untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti terkemuka di Jepun di bawah Program Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Katanya, program tersebut akan diperluaskan dengan penambahan kursus selain menyasarkan seramai 150 orang pelajar tajaan Mara mengikuti pengajian di Jepun pada masa akan datang.

Petambahan itu nanti katanya, akan memberi peluang kepada para pelajar mempelajari dan menguasai teknologi serta bahasa negara matahari terbit itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini