Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian Sabtu ini - Mujahid - Utusan Malaysia

Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian Sabtu ini – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian dirancang diadakan di Dataran Merdeka di sini, Sabtu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, perhimpunan itu bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, minggu lalu.

Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas kedamaian antara kaum dan agama. di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut yang turut dihadiri ketua-ketua persatuan agama dan badan bukan kerajaan.

Jumaat lepas, dua serangan pengganas berlaku di dua masjid di Christchurch yang meragut nyawa 50 orang manakala berpuluh-puluh lagi cedera, termasuk tiga rakyat Malaysia.. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini