KUALA LUMPUR 1 Mac – Pejabat Menteri Pertahanan hari ini mengulangi penegasan penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang belum dimuktamadkan sebaliknya masih tertakluk kepada beberapa syarat. Dalam satu kenyataan di sini, Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata pengumuman yang dibuat oleh pemilik hotel, Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia pada 19 Feb lepas hanyalah tentang surat tawaran dan surat penerimaan berhubung penjualan hotel itu. Amin Shah berkata demikian…










