SEMENYIH 1 Mac – Dengan hari ini adalah hari terakhir berkempen menjelang pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali yakin penerimaan positif yang diterima sepanjang kempen akan diterjemah kepada kemenangan esok. Katanya, pada permulaan kempen sejak 16 Feb lepas, penerimaan penduduk Semenyih kepada kempennya agak perlahan namun sejak beberapa hari terakhir berkempen, beliau dan jentera PH mendapati ‘mood’ pengundi semakin…










