WELLINGTON 15 Mac – Pihak berkuasa New Zealand telah memindahkan penduduk yang tinggal berhampiran bandar Dunedin yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch hari ini.
Polis dalam satu kenyataan berkata, kawasan yang terletak kira-kira 350 kilometer daripada Christchurch mempunyai kepentingan berkaitan serangan masjid yang meragut 49 nyawa.
“Pemindahan (penduduk) ke kawasan berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya tanpa memberi maklumat lanjut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Polis sebelum ini memaklumkan telah menjumpa dua bahan letupan dalam sebuah kenderaan yang digunakan lelaki bersenjata yang melakukan serangan di buah masjid. -AFP











